TUMBUH-TUMBUHAN / POHON YANG TERMASUK KE DALAM PERSEBARAN FLORA YANG ADA DI PROVINSI ACEH

9:25:00 PM
1.      Bungong Jeumpa
Bungong Jeumpa
Cempaka wangi (Magnolia champaca/Michelia champaca) adalah pohon hijau abadi besar yang bunga putih atau kuningnya dikenal luas sebagai sumber wewangian. Tumbuhan asal anak Benua India dan Asia Tenggara ini juga berguna kayunya dan berfungsi pula sebagai penghias taman. Bijinya terbungkus oleh salut biji yang disukai burung. Cempaka wangi adalah Flora identitas untuk Provinsi Aceh; di sana dikenal sebagai bungong jeumpa. Biasanya tumbuhan ini banyak ditemui dipekarangan rumah warga. Akan tetapi sekarang tumbuhan ini sangat jarang ditemukan. Salah satu lokasi tempat tumbuh tumbuhan ini yaitu di pekarangan Mesjid Jamik Peusangan, Matangglumpangdua, Kabupaten Bireuen.
Manfaat dari tumbuhan ini yaitu :
1)      Manfaat lain bungong jeumpa, didapat dari keharumannya yang khas, dapat diolah untuk bahan dasar pembuatan parfum atau pewangi rambut. Saat masih kuncup pun, bunga ini bisa dijadikan hiasan rambut. Atau, ditaruh dalam mangkuk yang berisi air dan digunakan sebagai pewangi ruangan.
2)      Selain itu, beberapa orang juga menggunakan bungong jeumpa sebagai campuran jamu. Karena jika direbus, akarnya dapat dipakai untuk meredakan demam.

2.      Manggis
Manggis
Manggis (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah".
Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars. Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F. Tumbuhan ini banyak ditemukan hampir disemua daerah di Aceh. Tumbuhan Manggis ini banyak tumbuh di sekitar Gampong Tanjong Beuridi.
Manfaat dari tumbuhan Manggis ini antara lain :
1)      Membantu mencegah dan memerangi penyakit alzheimer dan parkinson
2)      Menghilangkan alergi
3)      Menjaga kesehatan usus, dapat mengatasi diare, sembelit, merangsang kesehatan usus normal.
4)      Menjaga kesehatan otak dan syaraf
5)      Mengatasi katarak
6)      Sakit kepala migrain
7)      Mengurangi stres dan depresi
8)      Mengurangi Kolesterol

3.      Mangga
Mangga
Mangga ataupun Pauh merupakan satu genus Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana. Tumbuhan ini banyak ditemukan hampir diseluruh Kecamatan Peusangan. Hampir tiap rumah memiliki satu atau dua pohon mangga.
Manfaat mangga antara lain :
Pencegahan Degenerasi Makula
Zat antioksidan zeaxanthin ditemukan di dalam mangga yang menyaring sinar cahaya biru, yang diperkirakan akan memainkan peran protektif dalam kesehatan mata dan mungkin menangkal kerusakan dari degenerasi makula. Asupan buah-buahan yang tinggi (3 porsi atau lebih dalam sehari), telah terbukti menurunkan risiko dan perkembangan degenerasi makula terkait usia.
1)      Membantu Pencernaan
2)      Zat Besi Tinggi Untuk Wanita
3)      Pencegahan Asma, dll

4.      Pisang
Pisang
Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan. Pisang ini banyak tumbuh di Kampung-kampung. Di Lhok Bungeng pun banyak di temukan tumbuhan pisang ini.
Manfaat tanaman pisang :
1)      Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
2)      Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni dan malah untuk tenunan pakaian.  Serat pisang yang digunakan dikenali sebagai serat Abaka. Di Okinawa, Jepun, baju yang dihasilkan dari serat pokok pisang dikenali sebagai Bashofu dan kesenian menghasilkannya pula dikenai sebagai Kijōka-bashōfu.
3)      Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.
4)      Kulit pisang yang terhasil sebagai bahan sampingan dari pembuatan makanan lain seperti kerepek, juga boleh diproses melalui proses penapaian untuk penghasilan alkohol dan cuka makan.

5.      Kepala 
Kelapa
Kelapa atau juga dikenali sebagi nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna. Pohon kelapa ini banyak tumbuh hampir di seluruh Aceh, khususnya di kabupaten Bireuen, kampong saya Lhok Bungengpun banyak di temukan pohon kepala ini.
Manfaat yang dapat diambil dari pohon kelapa ini yaitu :
1)      Batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai
2)      Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
3)      Lidi kelapa boleh dibuat penyapu
4)      Sabut kelapa boleh dibuat tali
5)      Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan
6)      Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
7)      Minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun
Previous
Next Post »
0 Komentar